Alberto Omedo, seorang tukang cukur rambut menggunakan cara yang luar biasa untuk memotong rambut pelanggan-pelanggannya. Dia menggunakan cara yang tidak biasa, tukang cukur umumnya menggunakan gunting untuk memotong rambut, tapi Omedo dengan cara berbeda, dia menggunakan sebilang pedang.

Walaupun mengakui alatan yang digunakannya agak kuno, dia berpendapat bahawa kadang kala kita perlu menggunakan imaginasi kita untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati.

Selain pedang katana yang banyak digantung di kedainya, Alberto juga menggunakan alat lain seperti api, gunting dan alat pencakar.

Alberto berpendapat bahawa teknik yang biasa digunakan tukang cukur rambut yang memotong satu bahagian demi satu bahagian akan menyebabkan ketidak selarasan rambut yang dipotong itu. Jadi rambut yang hendak model harus dipotong bersamaan agar seragam.

Oleh sebab itulah Alberto menggunakan alat-alat potong rambutnya yang luar biasa itu.

Saksikan sendiri teknik unik yang digunakan Alberto untuk memotong rambut pelanggan-pelanggannya dalam video di bawah ini.(Erabary.my/Yant)

Share

Video Popular