Erabaru.net. Para saintis telah menghidupkan sisa mumi seorang wanita yang merupakan salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di Peru pada zaman dahulu kala.

Rodrigo Abd

Ini dia Lady of Cao yang dibuat menggunakan percetakan berteknologi tinggi 3-D dan telah dicipta ulang oleh saintis berdasarkan tengkorak mumi kuno.

Wanita ini dipercayai merupakan pemerintah di utara Peru kira-kira 1700 tahun silam.

Mayat mumi wanita ini ditemui di piramid adobe Cao Viejo pada 2006 lalu di Lembah Chicama, di utara kota moden Trujillo.

“Teknologi membolehkan kita melihat wajah seorang pemimpin politik, agama dan kebudayaan masa lalu,” kata Menteri Kebudayaan Peru, Salvador del Solar di Lima, Peru.

AP

Wanita yang digelar Lady of Cao dikatakan berasal dari budaya Moche yang berkembang pesat di kawasan pantai utara antara tahun 100 hingga 800 sebelum masehi.

Oscar Farje /AFP

Dia telah dikebumikan dengan barangan logam dan batang kayu yang dibungkus dengan tembaga yang melambangkan kuasa yang dimilikinya ketika dia masih hidup.

Share

Video Popular