Erabaru.net. Margot Woelk membongkarkan semua kisah semasa dia bertugas sebagai tukang pencicip makanan untuk Adolf Hitler dalam sebuah dokumentari di Jerman.

Woelk yang kini berusia 99 tahun dipaksa untuk bekerja di bawah pemimpin Nazi itu. Semasa dia berusia 25 tahun, tugasnya adalah mencicipi makanan untuk Hitler memastikan sekiranya ia tidak diracun.

(Foto: news.com)

Woelk merupakan diantara 15 orang wanita yang direkrut untuk tugas itu.

Woelk awalnya berat untuk menceritakan hal yang sebenar tetapi dia akhirnya menceritakan bagaimana Hitler merupakan seorang vegetarian.

Malah, dia hanya makan nasi, pasta, kacang-kacangan dan kembang kol.

(Foto: news.com)

Menceritakan bagaimana takutnya mereka ketika itu, mereka akan menangis dengan perasaan bersyukur kerana masih hidup.

Share

Video Popular