Erabaru.net. Arwana emas, istilah ilmiahnya adalah scleropages formosus, adalah salah satu ikan purba yang masih hidup, juga dipelihara oleh banyak orang sebagai ikan hias. Banyak yang mengatakan bahawa memelihara ikan ini membawa nasib baik. Dan pria ini benar-benar salah seorang yang mujur.

Arwana telah ada sejak 2.9 miliar tahun dahulu. Jika diperhatikan, Arwana berenang secara perlahan tetapi stabil, dalam skala yang luas dan besar, dengan warna kebiruan sebagai warna latar belakang. Warna emas di badan Arwana menjadikannya kelihatan gah!

Seluruh badan ikan ini diliputi dengan warna keemasan, yang melambangkan kecantikan dan kekayaan. Kerana keistimewaannya, ia merupakan hewan peliharaan yang mahal dan bernilai tinggi.

Seorang pria pergi ke sebuah toko menjual ikan hias dan tercengang melihat bagaimana ikan ini berenang dan lantas membelinya.

Dia melepaskan ikan itu ke dalam akuarium ikannya dan perasan ikan tersebut kelihatan agak aneh – mulutnya tidak dibuka. Dia juga panik kerana ikan lazimnya membuka mulut untuk bernapas.

Share

Video Popular